Hak Cipta Terpelihara

29 January 2013

Bahan Binaan - Batu

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni mari belajar tentang batu. 

Ada banyak jenis batu, tapi hari ni kita belajar tentang batu bata dan batu blok sahaja. Lain kali baru cerita pasal batu lain.

Kalau nak buat rumah atau beli rumah, korang perasan tak yang kat bahagian spesifikasi tu ada tulis dinding atau wall made from red bricks atau sand bricks? Ada beza ye tentang batu-batu ni.


Batu Bata Pasir / Sand Brick

Saiz : 215mm (Panjang) x 100mm (Lebar) X 65mm (Tinggi) 
Material : Simen dan Pasir


Batu bata ni diperbuat daripada pasir dan simen. Ada juga orang panggil batu bata putih sebab warna dia putih kan? Harganya lebih murah daripada batu bata tanah liat sebab cara nak membuatnya lebih mudah. Kalau beli sebijik-sebijik pun boleh tapi harga dia dah kira lain la. Kalau beli satu ikat / satu palet, harganya lebih murah. Biasanya satu palet ada 600 biji. Sesuai untuk buat rumah juga kalau bajet kurang sikit atau nak buat renovation pagar or kabinet dapur pun okey. Ikut tebal poket sendiri korang je.


Batu Bata Merah / Clay Brick

Saiz : 216mm (Panjang) x 103mm (Lebar) x 65mm (Tinggi)

Material : Tanah liat, Pasir, Kapur, Simen.


Yang ni diperbuat daripada tanah liat dan dibakar. Proses dia yang sedikit lambat ditambah dengan mesin nak buat batu ni mahal menyebabkan harga dia mahal sikit. Orang kata kalau rumah tu dibina guna batu ni, rumah tu sejuk la sikit sebab bahan yang digunakan tu daripada tanah liat. Saiz batu bata merah (sebab warna dia merah la kan) dengan batu bata pasir tadi sama je. Biasanya kalau batu bata jenis ni ada macam-macam kuantiti dalam satu palet. Ada yang 500 biji, 600 biji dan 650 biji. Ikut suka le kilang yang buat tu nak susun berapa kot.

Batu Blok

Saiz : 220mm (Panjang) x 97mm (Lebar) x 140mm (Tinggi)

Material : Simen dan Pasir


Material nak buat batu blok ni sama je macam batu bata pasir cuma saiz je berbeza. Batu ni sesuai kalau kita nak buat setor luar rumah atau buat pagar. Nak ikat batu ni (bahasa tukang) agak susah sikit sebab batu ni besar so alignment kena tengok betul-betul. Kalau nak buat rumah pun boleh je pakai batu ni. Tak kata tak boleh ye. Cuma ada pro and con la kat situ. Bila pakai batu ni kurang le pakai simen masa nak ikat batu tu tapi tang nak buat lepaan simen tu memang susah sikit. (tukang cakap laaa..) Kena pakai banyak simen sikit. Lagi satu, kalau pakai batu ni, bila nak guna exmist (kawat ikat batu) dan nak pasang jenang pun dah kena guna saiz lain. Jangan risau ye, saiz barang-barang untuk batu blok ni ada je.. tak susah pun okey? Terpulang la korang nak guna batu mana.

Batu Ringan / Lighweight Brick

Saiz : 500mm (Panjang) x 200mm (Lebar) x 50mm (Tebal)



Rupa dia ni macam sama je dengan batu blok kan? Tapi tak sama ye. Saiz pun memang sangat berbeza. Batu ni sangat la ringan sebab tu diaorang panggil batu ringan. Kalau nak potong pun pakai gergaji biasa pun boleh. Even makcik can do it. Hahaha. Okey, batu ni biasany orang guna kat bangunan yang tinggi sebab sangat ringan. Nak angkat pun senang. Batu ni kelebihan dia kedap bunyi, menyejukkan rumah dan tak mudah terbakar. Abang Bomba memang suka kalau bangunan guna batu ni. Senang sikit keje diaorang kot. :p Kekurangan ketara ialah harga dia memang jauh berbeza dengan batu yang biasa orang beli. Lagi satu bila time nak plaster (lepaan simen) tu dia kena guna method lain sikit. Agaka mengada la, sebab tu tak ramai pemaju berminat nak guna batu ni.

Bila nak beli tu siap-siap bagitahu tokey kedai tu nak batu yang mana satu secara spesifik dan betul. Semua tu harga dia berbeza dan kalau dah salah order kang dah menyusahkan le pulak. Kalau setakat nak beli 10biji ke, 20 biji ke, 30 biji ke.. nak buat alas pasu korang jangan le mengada suruh hantar pakai lori. Ada yang nak kena smackdown. Datang je le bawak keta amik sendiri. Kalau beli banyak biasanya tuan kedai takkan charge kat transport sebab harga tu dah termasuk sekali. Kalau beli 20 biji nak suruh hantar gak, siap-siap le duit extra kena charge transport. 

Lepas tu jangan le korang berharap aku dah beli batu tu pukul 9.00 pagi tadi, apsal 9.30 tak sampai lagi? *Tumbuk* Dush! Haa.. amek ko. Ko ingat ko sorang je customer? Beli batu 20 biji pastu bising macam nenek kebayan nak hantar cepat. Pakai otak sikit boleh? Ko tau ke ada pelanggan yang dah order daripada semalam tu tak hantar lagi? Dia beli puluh ribu rilek jee.. Bukan nak kata duit korang tak laku tau, tapi sila timbang rasa sikit. Tau le tuan kedai arrange penghantaran okey? Bawak besabar..Agak-agak kalau lambat sangat tu baru le korang call balik untuk remind. Maklum le, tuan kedai tu manusia juga bukannye robot. Kalau dah kelam kabut lipas tu kadang-kadang terlupa juga.



Nota tambahan : Kalau beli batu bata pasir dan batu bata merah kena beli jenang (frame) pintu atau tingkap lebar  saiz 5". Kalau batu blok beli jenang (frame) pintu atau tingkap saiz 4".

No comments:

Post a Comment

orang bersembang