sahabat

Hak Cipta Terpelihara

28 February 2013

Raphis spp

Assalamualikum w.b.t

Hari ni moh le kita belajar tentang pokok renek / shrub yang dikenali sebagai Raphis. Termasuk dalam family Aracaceae dan Palmae, shrub ni selalunya restoran dan hotel memang suka guna sebagai hiasan sebab penjagaan dia memang mudah, warna hijau yang cantik serta form dia yang menarik dan juga memberi impak ala-ala tropika gitteww..

okey moh tukar mode ala-ala kuliah lak.


Rhapis ni kalau kat Malaysia kita belajar ada 2 jenis je yang biasa kita tanam tapi kalau ikut mungkin ada 12 spesies - semuanya dari Asia, termasuk China Selatan, Thailand dan beberapa pulau-pulau lain. Walaupun asal-usul pokok ni kat kawasan tropika, tapi kebanyakan boleh hidup dengan baik dalam apa jenis cuaca pun sebab memang tahan lasak.

Struktur

Bentuk daun Raphis ni macam tapak tangan dengan konon-konon ada jari yang langsing gittew. Batang pokok ni ada macam batang pokok kelapa sawit.

Pembiakan

Cara Rhapis nak membiak adalah melalui bawah tanah (rizom) dan merebak ke semua arah secara perlahan. Kalau tanam dalam pasu memang sesuai sebab dia takleh membiak secara berlebih-lebih, tapi sampai satu tahap bila dia dah semakin membiak korang kena buang sebahagiannnya atau pi tanam dalam pasu lain atau pi bagi kat kawan-kawan atau jiran atau kalau dah keturunan Haji Bakhil tu bolehla pegi cari pasu besaaaar punyaa.. tanam dalam pasu besar atau malas nak jaga tapi sayang nak buang, tanam atas tanah. Settle.

Spesis Rhapis Humilis adalah daripada semuanya genus jantan dan Rhapis laoensis adalah semua betina. Kedua-dua spesies ni kena laaa dibahagikan kalau nak dibiakkan. Ini adalah cara pembiakan yang memang le mudah, semudah Hantu Kak Limah pun boleh buat tauu.. Tapi spesis-spesis lain kenala buat pembiakan  dengan pengeluaran benih dan percambahan. 

Penjagaan

Secara amnya Rhapis ni memang le mudah bebeno nak tanam dan jaga sebab hanya perlukan usaha membuat persenyawaan sikit, air untuk bagi dia minum, tanah untuk tinggal (tanah berasid adalah paling yang Raphis suka), cahaya terang (walaupun ramai rasa yang cahaya redup berpanjangan tu sesuai, tapi spesis palma, jadi palma memang perlukan cahaya), suhu yang agak hangat tapi idok le sampai panas terik (walaupun Raphis memang tahan lasak dalam cuaca sejuk juga) dan kelembapan. Kebanyakan spesies Rhapis juga agak tahan kepada pemangsa serangga. 

Okey, jom kita kenali spesis-spesis Raphis ni.

Raphis excelsa (Broadleaf Lady palm)



Spesis yang paling biasa ditanam dan paling mudah adalah Rhapis excelsa. Senang sangat nak jumpa kat nurseri tanaman sebab senang membiak dan hidup walau dengan cahaya rendah, kemarau dan tahan angin dan tahan serangan serangga perosak. Paling sesuai tanam dalam  pasu. Rhapis excelsa boleh dikenal pasti dengan bentuk daun yang hujungnya tumpul berbanding Rhapis lain biasa yang mempunyai hujung daun yang tajam. Daun biasanya ada kurang daripada 8 hingga 10 bilah kat setiap daun (berbanding dengan Rhapis humilis atau Raphis multifida yang biasanya mempunyai lebih daripada 10, atau Rhapis laoensis yang biasanya hanya mempunyai 2 atau 3.) Struktur daun yang berpecah memberi impak ilusi pokok ni mewah dan lebat. Perlu disiram secukupnya, kalau tak daun akan mula mati dari bawah ke atas. Daun selalu coklat kat bahagian hujung. Jadi biasanya kome rajin-rajin la potong bahagian tersebut. Tak potong pun boleh takde masalah punya sebab tak bagi apa-apa efek. Cuma kalau potong efek cantik je la dan takkan rosakkan pokok pun kalau potong. Batang dia berlapis warna perang gelap. Kadang-kadang batang dia menipis keluar gak dan boleh la potong je bagi meningkatkan mutu kecantikan pokok ni.



Raphis humilis (Chinese Lady palm) 


Rhapis humilis adalah spesis kedua paling biasa ditanam.  Spesies ini juga boleh dikenal pasti dengan bilah daun melebihi sepuluh atau lebih tajam dan melabu. Kurang sarat dengan daun dan batang buatkan batang dia lebih nampak sebab daun tak rimbun sangat serta boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki. Pertumbuhan yang sangat lambat. Dalam banyak-banyak, yang ni paling tahan dengan cahaya matahari tapi masih lebih suka teduhan. 

Raphis multifida (Finger Palm)


Rhapis multifida mungkin adalah yang paling cantik sebab form dia lebih kembang, rendah sikit daripada Raphis Excelsa dan ada rupa Raphis humilis yang diminikan. Batang yang menonjol dan lansing serta daun yang runcing buatkan dia ada rupa bonsai sebab spesis ni lebih pendek, biasanya hanya kira-kira 4 atau 5 kaki tinggi tapi dia boleh membesar sampai 8 kaki kat atas tanah. Batang spesis ni kecil macam pensil dan nipis. Spesis ni takleh kering dan memerlukan akarnya basah sepanjang masa, takleh kena cahaya matahari yang terik dan tak tahan suhu rendah juga. 

Raphis subtilis (Dwarf Thailand Lady Palm)



Rhapis subtilis kononnya spesis kerdil Rhapis. Spesies ni daunnya lebih lembut dan berjurai dengan hujung agak tajam. Pertumbuhan sangat perlahan dan agak cerewet. Ketahanan suhu sejuk lebih kurang Rhapis multifida. dan memang kena sentiasa pastikan akar dia sentiasa basah. Spesis ni memang banyak sangat ditanam kat Thailand. 

Raphis laoensis (Laos Lady Palm)



Rhapis laoensis adalah satu lagi spesies seks tunggal, hanya betina sahaja. Spesis ini adalah rare. Bentuk dia macam sawit mini dan mungkin boleh capai ketinggian 6 kaki. Bilah daun biasanya dibahagikan kepada 2 atau 3 (kadang-kadang lebih sedikit). Tak tahan dengan suhu bawah takat beku dan memerlukan air pada setiap masa, dan daun akan bertukar coklat jika kualiti air lebih berakali.

Raphis 'Alicia' 


Rhapis 'Alicia' bukanlah spesis yang pelik sebab ia adalah hibrid rasmi dinamakan daripada  kawin campur antara Rhapis laoensis dan Rhapis multifida. Hasilnya spesis ni ada kedua-dua ciri daripada pokok-pokok yang dikawinkan. Bilah daun yang elegan laoensis, sempit (tak jarang), bilah daun multifida dan batang pensil-nipis. Ketahanan cuaca sejuk hampir sama dengan multifida atau lebih baik. serta tahan cahaya matahari. Tapi tak tahan dengan angin serta daun mudah koyak. 


Raphis robusta 


Spesis ni mempunyai daun yang lebar, licin dengan bilah palma yang mudah dikenalpasti. Biasanya ada empat bilah dengan daun berlipat dan jalur yang sangat jelas, tepi melengkung, lebih tirus kat bahagian pangkal dan hujung. Mempunyai batang yang agak halus dan berserat kasar. 




Raphis micrantha


Raphis micrantha adalah spesis yang sama dengan Raphis excelsa tapi bezanya pada segmen daun 6-10 bilah dibahagikan kepada persimpangan dengan petiol, pada bahagian daun mudah lihat berjalur dengan bahagian hujung daun tajam.

Baiklah, sekian sahaja kuliah kita hari ini. Tadaaa...

26 February 2013

Janji

Setiap kata yang diucap adalah janji. Walaupun hanya,

"kita jumpa lagi 5 minit ye." Itu adalah janji.

Apatah lagi bila kata saya sayang awak, maknanya kita dah berjanji secara tak langsung menyatakan yang saya ada niat nak kawin dengan awak tapi bukan sekarang.

Orang perempuan adalah orang yang paling mudah percaya dengan kata-kata. Jangan le kau janji nak pegi tengok wayang hujung minggu nanti. Tiba-tiba esok nak gi hari kau kata,

"Tak jadi la, mummy I suruh balik rumah, kucing I nak beranak".

Walaupun dia kata,

"Oo ye ke? Takpelah, I faham. Next time la kita pegi ye." Padahal dalam hati dia remuk redam tau?

Jangan laaa... JANGAN! JANGAN! Korang wahai lelaki di luar sana suka-suka janji nak pegi sana sini tapi bila sampai waktu tu korang takleh nak pegi atas sebab yang tak boleh diterima. Sakit hati tau? seringkas-ringkas ucapan tu pun adalah janji tau?

Waima kepada kanak-kanak juga kau tak boleh suka-suka cakap,

"Jangan nangis ye? Nanti ayah belikan Adam basikal okey?"

"Bila?" Soal Adam balik.

"Esok la". Jawab ayah.

Esoknya kau tak beli pulak. Pergghh... Kau tau tak kau dah ajar budak tu bahawa janji tu tak perlu ditepati? Perilaku tu akan diteruskan tanpa dia rasa bersalah.

Salah satu ciri orang yang susah nak tepati janji adalah selalu lewat ke tempat kerja. Kau dah berjanji nak bekerja dengan syarikat tersebut dan perlu menunaikan segala kerja termasuk kedatangan kau dan majikan berjanji akan membayar upah sebanyak RM bla bla bla bila cukup tempoh kau bekerja. Kalau la majikan buat-buat terlupa bayar gaji kau cemana? Takkan kau nak buat-buat bodo jee... sebab tu majikan takleh buat-buat bodo kalau kau datang kerja lambat.

Lagi satu, kau tengok pembayaran hutang kat bank dia cemana. Ada penah sangkut? Kalau ada sikit-sikit tu maknanya dia tu susah nak tunaikan janji sikit-sikit. Tapi kalau sampai buat bodo dan kena blacklist jangan le kau percaya cakap dia. Tapi orang yang kena blacklist sebab jadi penjamin tak termasuk la.

Okey, aku dah merepek tahap cipan sebab aku tengah sakit hati dengan seseorang yang dah berjanji dengan aku sebanyak dua kali berturut-turut dan dia rasa tak apa kalau janji tu ditangguhkan. Oi manusia! Lagi sekali kau buat, memang kau nak kena pukul dengan aku tau?

Orang yang tak menepati janji adalah MUNAFIK tau? M.U.N.A.F.I.K. Aku marah ni.

22 February 2013

kepada cik sha***

ini adalah nasihat kepada adik-adik yang belajar sampai kat unibersiti tapi perangai macam budak tak amik espiem.

meh meh aku nak cerita. 

satu hari yang hening sedang gua bersantai-santai gossip dengan kawan pasal kasanova, tiba-tiba ternampak satu email berbunyi amaran yang mencurigakan daripada pengirim yang menyamar dengan nama harumika koyote. ewah-ewah, kemain lagi kau ye pandai-pandai buat cerita pelesu. 

dik, aku tau la kakak ko tu penah dapat surat ugut sama macam sam dapat. tapi kau takde otak nak pikir apsal diaorang dapat surat ugut? ko tak pikir apsal kakak ko dapat lebih banyak surat ugut sampai ke family ko pun terima? kalau deme tu takde apa-apa buat apa surat ugut suka-suka datang? 

kau tak tahu ke kakak kau dengan sam tu hubungan deme cemana? abih kau ingat kat tempat keje tu takde mata yang nampak? telinga yang dengar? mulut yang bercerita? hati yang menyampah nengok deme tu bercinta? kau ingat aku ni low standard ke nak pegi hantar surat ugut? apa barang la minachi!

ko tak tahu ke kakak kau tu ber sms dengan sam cemana? kalau kau jadi bini yang duduk jauh tetiba kau balik nampak tupperware bagai bagai kat rumah lepas tu bila tanya, eh tu kakak kau bagi lauk. apa tu? lepas tu laki kau dapat pulak 'iron' yang dipinjamkan oleh pompuan lain. takkan 3 bulan laki kau tak boleh beli iron? baju baru boooollleehhhh pulak beli? eh pompuan bodo mana yang tak syak? 

kakak kau takde cakap dia sunyi ke? kan ke laki dia selalu outstation? main bowling tak ingat anak bini? abih tu sesuwai la dengan sam masa tu? bini takde rumah, laki kakak kau pun selalu takde. bercinta le dia.

kakak kau takde bagitau aku datang tempat keje dia nak jumpa tapi dia takde pegi mana tah dengan sam? ohoi! aku kan penyabar? memang le kantoi tahap polis angkasa gaban ye dak? kakak kau nasib baik je takde. kalau tak aku dah lempauu kan iron tu kat muka dia tau. tuhan nak tunjuk bukan susah pun. dia gerakkan hati aku sikit je. tah tah tuhan nak selamatkan aku daripada masuk lokap sebab mendatangkan kecederaan kat kakak kau lepas tu heboh senegeri cerita pasal kakak kau dan sam.

ni, yang kau ber email macam orang takde pelajaran apa hal? pegi mampus la kakak kau tu. ada aku kacau hidup kau? aku kacau laki dia ke? aku kacau keluarga kau ke? ada? ADA KE? yang bagi surat ugut kat family kau bukan aku. takde masa aku nak susah-susah buat surat. aku, kalau tak puas hati aku datang jumpa, kasi settle. orang lain yang menyamar jadi aku merayu-rayu. kalau kakak kau cinta sangat kat sam tu dan sam cinta nak mampus kat kakak kau tu, aku pedulik hapa? kalau suka sangat pegi la kawin. apehal buat keje bangang? orang yang bagi kakak kau surat tu dah tentu lah tak puas hati dengan perangai kakak kau dengan sam tu. tu yang kena report kat jabatan. apahal aku pulak nak report pasal diaorang? ada pekdah kat aku? aku tak puas hati takde cari orang tengah, takde nak mintak-mintak kesian, takde nak jadi penakut macam orang bagi surat kat kakak kau dengan sam tu.

lain kali kalau kau nak bagi email macam tu kat aku, sila kenalkan diri, bagi bukti kalau ada tuduhan. bila aku cari sampai dapat memang malang la nasib kau kan? 

kepada adik-adik yang rasa masih remaja gittew, INGAT! zaman sekarang zaman teknologi. kau tekan je keyboard, semua benda yang kau taip akan terpampang. aku godek dalam sikit je tu aku dah dapat tangkap kau sape. kau jangan bagi aku godek sampai aku tahu semua. semua benda dalam alam maya tu adalah bukti. kalau kau nak kacau aku, kau kena buat macam orang 'pandai' yang bagi surat ugut kat kakak kau dan sam, tahu? baru la aku tak boleh trace kau sape. nampak sangat kau bodo, akal pendek.

14 February 2013

Pengajaran #2


Penah rajin buat nasi ayam? Pastu nasi dia ada banyak lebih?


Sila simpan nasi tu dalam peti ais dalam bekas bertutup.


Esok boleh buat nasi goreng. SEDAP weyhhh...

09 February 2013

Syed Mokhtar Albukhary



Menceritakan bagaimana Syed Mokhtar berusaha berniaga dari bawah hingga ke kemuncak. Cara dan prinsip hidupnya membawanya kepada siapa dia hari ini. Keluarga banyak mempengaruhinya dalam mejalani kehidupannya. Sifatnya yang merendah diri dan sentiasa menjaga hubungan baik antara rakan serta berlaku jujur dalam perniagaan membuahkan hasil yang membanggakan. 

Tidak dapat menghabiskan persekolahan tidak menghalang minat beliau untuk berniaga. Belajar daripada arwah bapanya menjual dan membeli lembu, beliau bergerak maju ke hadapan dengan perniagaan pengangkutan, hartanah, pembinaan, pembekal kepada badan kerajaan dan banyak lagi. Mencontohi cara bangsa Cina dalam berniaga iaitu tidak menonjolkan diri beliau terus mara dalam diam sehingga dikenali hari ini.

Aku sangat kagum dengan perjalanan hidupnya. Cerita panjang-panjang pun tak guna. Korang pegi beli dan baca. Sangat berbaloi memiliki buku ni macam korang beli buku Doktor Umum juga. (n___n)  

07 February 2013

Panas Hati.

Mau ko tak panas?

Situasi : Ketiadaan elektrik

1. Panggil electrician A. Dah datang, katanya "Saya tak boleh buat sorang ni. Ini kena buat 2 orang. Saya panggil kawan saya datang. Tengah hari lepas makan dia sampai"

2. Telefon electrician B sebelum waktu makan tengah hari. Pun mengaku kalah sebelum berjuang dengan alasan tak boleh buat sorang.

3. Pukul 6 petang baru electrician C sampai. Macam mana nak buat keje?

4. Esok, electrician D datang, check blah kata kena suruh Tnb check dulu.

5. Tnb dah check kata okey. Electrician A datang balik sebab malu electrician C tak muncul.

6. Electrician D kata nak datang hari ni juga tapi sampai petang tak muncul.

7. Tiba-tiba electrician C sampai pukul 3.30 ptg. Buat keje sampai lewat petang.

8. Esok electrician C sampai pukul 10 lebih. Masalah dengan Tnb pula. Tnb datang pun tak boleh settle. Datang satu lagi team Tnb pukul 4.

Arrgghhhhhh!!!!! Acane? Gua dah empat hari keje takde elektrik ni woi! Keje betul-betul laaaaaaaaa.........

Ko tak settle esok satu tiang letrik aku kapakkan. Ada paham?

02 February 2013

Padang Besar, Perlis.

Eh, agaklah macam rugi juga kalau dah ke Perlis tapi tak ke Padang Besar kan? Memang itulah salah satu tarikan utama di sana. Lagipun kat sana Tesco takde, Giant takde, Mydin takde, kira-kira takde hypermarketlah setakat ni. Cuma ada The Store dan supermarket besa-besa je.Betapa aman damainya kalau aku tinggal kat situ dan konpom aku cepat kaya punya laaaaaa.... ngeeee.. Terletak kat sempadan Malaysia dan Selatan Thailand. Nak ke sana memang akan lalu kat bahagian pemeriksaan Kastam untuk ke negara jiran tu. Kalau ada passport tu boleh la sekali ke sana. Pegi luar negara tuu.. kehkehkeh.. 

Nasib baik aku pegi lepas waktu lunch, kalau pegi dari pagi memang sampai tutup la aku kat situ kot, muahaha! Pegi sini kena la set mood ala makcik-makcik gitteww. Oh nasib baik juga aku ke Padang Besar tu aku tak kabor kat sesape, kalau tak sure balik aku kena bawak tong nasik, kuali, periuk, toto bla bla bla. :pp

Laporan tanpa gambar adalah zzzz..

Kawasan sekitar. Lebih kuranglah ye.
Kasut, pelbagai warna, design, warna, baju, beg mainan. Cemana nak balik ni?
Tak lupa makanan kudapan serta barang rumah. Actually banyak lagi tapi yang ni je sempat snap sebab sibuk habiskan duit. Bwahaha!
Selipar pun menarik gak kan? Barang hiasan orang perempuan memang le banyak nyah oiii.... Boleh le beli bebanyak pastu buat bisnes pulak.
Gambaran serba sedikit kawasan Arked Niaga. Ada 3 tingkat. Kemudahan yang ada seperti surau dan tandas.
Ruang legar kat bahagian bawah. Memang tempat ni sentiasa penuh umat ye?

Nota tambahan : Start meniaga dari 8.00 pagi - 6.00 petang lebih kurang. Nak ke sana senang sangat laa... Sampai kat Pekan Kangar tu follow je signboard gi Padang Besar (macam kurang ajar je info aku ni). Cis yang tu takyah bagitau pun takpe.. Hahaha! Aku pun tak reti nak explain (Boleh?). Korang berenti je keta kat mana-mana pastu tanya la sesape kat sana tu. Diaorang konpom tahu punya laaa.. (Jangan marah aaa... :p) 

01 February 2013

Restless Heart




Destiny Heart, tak sedar yang dia ada bakat dalam mencipta lagu dan menyanyi sehingga kawan dia si Copper cabar dia masuk pertandingan Kentucky Idol dan terus jadi juara. Lepas tu dia terus bertekad nak jadi penyanyi dan tinggalkan Wilmot pergi Nashville. Malangnya dia tak sangka betapa sukarnya nak menonjolkan bakat di bandar besar tersebut. Selama 4 tahun dia bekerja sebagai waitress sehingga Seth, kawan sekolah yang dia suka datang melawat dan segalanya mula berubah menjadi semakin baik. Namun, semua kejayaan ada harganya bila dia semakin sibuk dan jauh daripada Seth dan bapanya yang tidak bersetuju dengan pilihannya untuk menjadi penyanyi. 

Ewah, ewah.. macam pengulas tak? :pp Haha. Buku ni aku beli masa pegi Melbourne last year. Okey, cerita ni bagi aku biasa-biasa je, takde la menarik sangat sebab dah boleh agak jalan cerita dia. Penulis pun bagi aku takde la bagus sangat sebab dia tak dapat buat aku rasa nak baca lagi dan lagi. Macam tak teruja sangat. Aku rasa remaja yang baru naik dan bercita-cita nak jadi penyayi suka kot cerita macam ni.